Wednesday, January 15, 2014

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

hal ini akan membri pengajaran kepada aku. ambik kau. bila cakap tak nak fikir dulu. sekarang baru nak menyesal. dah xde guna dah. perkara dah jadi. nasi sudah menjadi bubur. terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata??? inilah balasannya.
aku hanya meluah rasa. tersilap orang rupanya. orang tua-tua selalu berpesan cakap siang pandang2 cakap malam dengar. sudah ku pandang, sudah ku dengar. mungkin tersilap pandang dan tak betul2 dengar. pandan muka.
terima kasih mak kerana membetulkan keadaan. dah tak nak cerita kat sape2 dah. dah menyesal. mengharapkan si dia memahami. memang dia faham dan cuba membela. tapi mungkin akan memberi tafsiran lain untuk orang lain. dan aku juga tak salahkan sesiapa jika ada yang dah tak nak bertegur sapa dengan aku. tak nak bertanya kabar atau keadaan aku. mungkin dia takut dikatakan meyebuk.
xpe la..memang soalan yang ditanya sensitif bagi aku. tapi aku tidak menyimpan dendam. tak sangka dia sanggup datang meminta maaf. tapi sekarang aku yang rasa bersalah sangat. mak cik tak de niat saya pun. saya cuma meluah rasa sahaja. saya tak berdendam dan saya dah melupakannya... saya mintak maaf jika mak cik terasa dengan saya. harap2 mak cik akan bertegur sapa lagi dengan saya dan perkara itu bukan kali terakhir mak cik bercakap dengan saya.