Sunday, January 8, 2012

kenangan 2011


Lama x masuk entri barukan…hehehhe sibuk???? Itu bukan alasan aku. Aku malas nak tulis sebenarnya. Lagi satu internet kat umah aku ni kalau buat pertandingan dengan kura-kura sah la tenet kat umah aku ni kalah. Tau sebab pe??? Lawan dengan arnab pun arnab boleh kalah nikan dengan tenet kat umah aku kompem la arnab yg menang. Aku tengah dalam musim exam ni. Malas la pulak asyik membaca je. Ehem2 mcm kuat membaca pulak kan kan kan.
Tiba-tiba je aku teringat satu kejadian masa aku ikut salah satu program nii. X yah cite la program pe. Ni kira ending majlis la. Nak sambut penutup. Kami yang ikut ni semua semangat la nak tgk mcm ne program penutup ni. Siap ada media lagi tu. Mesti hebat kan. Perasmi pun bukan calang-calang orang la. Lepas perasmi merasmikan penutup tu perasmi tersebut diminta berada di atas pentas untuk buat gimik la kan. Apa la gimik yang nak dibuat ni???? Rupa-rupanya perasmi tu kena menyanyi. Hehehhehehe dengan tak de persediaan apa2 . mcm kelakar pun ada. Perasmi tu pun kata la saya x buat persediaan blalalalalalaa…. Kami x kisah pun. Lepas tu dia cakap
Maaflah kalau suara akan menegembangkan lagu tersebut
Hahahahahahahahah
Aik? Kenapa orang yang duduk kat belakang aku ni galak kuat ni. X de la kuat sangat kira aku dok kat depan bpleh dengar kita kuat la tu. Aku pun pusing la belakang nak tgk sape la yg gelak tu. Dia ni bukan wartawan ke?? Aku pun pusing depan balikla. Epas tu aku dengar dia “bukan mengembangkan la menyumbangkan lagu. Aku pun tgk kwn yg duduk di sebelah aku. Dia pun tgk aku jugak. Lepas tu hahahahahaahahahah aku dgn kwn aku pun apa lagi gelak la. Kwn aku pun dah dah control2. Aku pun control  ayu la. Tangan tutup mulut tapi badan aku dok berhinggut-hinggut tahan gelak. 
Aduh…kenangan tu……
Nampak sangat aku x bg tumpuan pada majlis tu. Hik hik hik.

Tuesday, October 25, 2011

MARATHON SEMASA cuti depavali

MARATHON PUISI

TENTATIF PROGRAM
27 OKTOBER 2011 (KHAMIS) - UNIMAP
2.00 petang : Pendaftaran dan kedatangan peserta
3.00 petang : Taklimat pelaksanaan program Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia oleh Pengarah Program.
3.30 petang : “Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia” bermula (berterusan)
MAJLIS PERASMIAN
10.00 malam : Ketibaan tetamu kehormat
10.05 malam : Negaraku
10.10 malam : Bacaan Doa
10.15 malam : Persembahan Selamat Datang
10.30 malam : Ucapan oleh
[ Wakil KPKK – belum ditetapkan ]
: Persembahan syair, gurindam dan teromba
: Ucapan Perasmian oleh
YBhg. Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Husin
Naib Canselor UNIMAP
: Penyampaian cenderamata
11.00 malam : Jamuan
28 OKTOBER 2011 (JUMAAT) – Perbadanan Perpustakaan Awam (PPAN) Kedah
7.00 pagi : Rombongan peserta maraton bertolak ke PPAN Kedah (pembacaan puisi diteruskan di dalam bas)
9.00 pagi : Pendaftaran dan kedatangan peserta
9.30 pagi : Taklimat pelaksanaan program
Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia oleh Pengarah Program.
10.00 pagi : Ucapan aluan oleh
YBhg. Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
: Penyerahan warkah Maraton Puisi 1Malaysia kepada PPAN Kedah
10.30 pagi : “Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia” bermula (berterusan)
3.00 ptg : Rombongan peserta maraton bertolak ke USM (pembacaan puisi diteruskan di dalam bas)

29 OKTOBER 2011 (SABTU) – USM
8.00 Pagi : Pendaftaran dan kedatangan peserta
9.00 Pagi : Taklimat pelaksanaan program
Maraton Pembudayaan
Puisi 1Malaysia oleh Pengarah Program.
9.30 pagi : Ucapan aluan oleh
YBhg. Prof. Dato’ Omar Osman Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
: Penyerahan warkah Maraton Puisi 1Malaysia kepada USM dan Pembacaan puisi berterusan.
10.00 pagi : “Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia” bermula (berterusan)
3.00 ptg : Rombongan peserta maraton bertolak ke UPSI(pembacaan puisi diteruskan di dalam bas)

30 OKTOBER 2011 (AHAD) – UPSI
8.00 Pagi : Pendaftaran dan kedatangan peserta
9.00 Pagi : Taklimat pelaksanaan program
Maraton Pembudayaan
Puisi 1Malaysia oleh Pengarah Program.
9.30 pagi : Ucapan aluan oleh
YBhg. Prof. Dr. Zakaria Kasa Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris
: Penyerahan warkah Maraton Puisi 1Malaysia kepada UPSI dan Pembacaan puisi berterusan.
10.00 pagi : “Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia” bermula (berterusan)
3.00 ptg : Rombongan peserta maraton bertolak ke ASWARA(pembacaan puisi diteruskan di dalam bas)

31 OKTOBER 2011 (ISNIN) – ASWARA
8.00 Pagi : Pendaftaran dan kedatangan peserta
9.00 Pagi : Taklimat pelaksanaan program Maraton Pembudayaan
Puisi 1Malaysia oleh Pengarah Program.
9.30 pagi : Penyerahan warkah Maraton Puisi 1Malaysia kepada ASWARA dan Pembacaan puisi berterusan.

MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT KPKK DAN PROGRAM PEMBUDAYAAN MARATON PUISI 1MALAYSIA

3.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
3.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
: Nyanyian Negaraku
: Persembahan
: Bacaan Doa
: Ucapan aluan oleh
YBhg. Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf
Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
: Ucapan penutup oleh
YBhg. Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
: Penyerahan watikah maraton dan bacaan puisi oleh YB Menteri KPKK sebagai penghormatan mengakhiri Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia
: Penyampaian cenderahati
: Nyanyian Bahasa Jiwa Bangsa
: Sidang Media
: Jamuan
5.00 petang : Majlis Bersurai

pengalaman baru buat aku dan rakan-rakan. emm macam mana agaknya ye. huhuhuhu gementar jugak nak baca puisi ni tp memandangkan bosan di rumah best jugak ikut program ni.
hari selasa ada test sintaksis aduhhh nak wat mcm ne ni????
emmmmm....

Thursday, October 20, 2011

seminar

sekarang ni aku dlm seminar tp dk wat keja lain. Bukan aku je yg len pun sama. Yg bersembg tu biasa la kalau dah boring bukan nak dgr sngt pun. yg menarik perhatian aku ni ada srg mamat ni sempat lg dok menjahit. Hebat la dia. Jht manik dkt bj lak tu. kat depan tu kesian Apa yg dk ckp pasai apa pun x tau. Barisan belakang aku blh lak dok men teka teki.
Teka teki dia kuda apa tak boleh mkn. Huhuhuhu cpt jwb aku pun xtau. Siap sapa blh jwb dpt sekupang. Hahaha. Mcm2 ragam .

Thursday, October 13, 2011

malam tautan kasih (mesra dan romantis)

semester 5


dari posisi tepi

persembahan dari semester 5. best sangat dapat kumpul ramai2 dan memeriahkan majlis. tahniah buat kawan2 yang menjayakan persembahan. seronok dan sangat terhibur


persembahan dak sem 8




Monday, April 25, 2011

terbukti...


PENGKISAHAN DAN PAMERAN MARITIM MELAYU MELAKA ABAD KE 16

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi , UPSI, Persatuan Karyawan Perak dan Perpustakaan UPSI telah mengadakan majlis Pengkisahan dan Pameran Maritim Melayu Melaka abad ke 16 pada 12 April 2011.

Zainal Johan dari Persatuan Sejarah dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan dan Serambi Astana Raja, Desa Seri Melenggang, Astana Raja Kota Negeri Sembilan menceritakan pelbagai kisah kepahlawanan Hang Tuah, Panglima Awang, Laksamana Cheng Ho, Puteri Hamg Li Po di samping mempamerkan beberapa peralatan senjata penting milik mereka. Antara barangnya adalah seperti teropong Panglima Awang, keris tempur pahlawan Hang Tuah, cawan yangg ada wajah Puteri Hang Li Po dan sebagainya.



Adakah anda percaya akan kewujudan Hang Tuah???

soalan pertama yang ditanya oleh Zainal Johan dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan. Hanya seorang guru sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan dia bersetuju bahawa adanya hang tuah. kebanyakan hadirin yang menghadiri majlis tersebut tidak menyetujui bahawa wujudnya hang tuah termasuklah aku hehehhe.
jika anda percaya bahawa wujudnya hang tuah buktikan kepada saya. 
semua yang hadir semua mengatakan bahawa hang tuah adalah cerita rekaan dan dongeng yang ingin menyatakan bahawa setiap negara mempunyai wiranya yang tersendiri. 
selepas semua menyatakan pendapat masing-masing mengenai hang tuah, maka en.Zainal Johan menceritakan kisah  yang sebenar akan kewujudan hang tuah. pelbagai bahan bukti ditunjuk kepada hadirin dan kami dapat memengangnya. saya berasa sangat bertuah kerana menghadiri majlis tersebut. 

Antara barang yang dipamerkan

                                 cipan                                  tempo                                           jam


 teropong jarak jauh                          teropong jarak lebar              


                              cawan yg ada gambar puteri hang li po



wajah puteri hang li po                         meriam kecil

                bergambar bersama lelaki melayu terakhir huhuh


                                                                

Sunday, April 24, 2011

tambah koleksi

 
sem 4 sahaja

aduhh gara-gara banyak sangat jualan buku pada sem ni jadi banyak la aku beli. hehehhe memang keja gila la. dah la banyak buku yg kena beli sem ni sempat lagi beli novel. kalau la mak aku tau duit aku banyak habis beli buku yang berapa nak berfaedah ni jenuh la aku nak kena beleter. hehe tapi x ape mak aku paham minat aku. dia bunyi pun sekejap je. puas sangat dapat beli buku yang kita minat kan. ada jugak kawan aku kata pembaziran sahaja tapi dia pinjam bila kau beli. oragyang tak minat untuk beli buku tak akan faham perasaan kita  bila dapat beli buku. salah satu cita-cita aku adalah nak buat mini perpustakaan kat umah nanti. jadi sekarang aku nak kumpul buku banyak-banyak. suka sangat bila nampak buku yang banyak di depan mata. emmmm x kisah la buku apa pun janji buku. 

membaa amalan mulia
dengan membaca dapat memperbaiki bahasa yang digunakan
dan dapat meningkatkan kosa kata dan menambahkan ilmu.

^ -^
*



Saturday, April 23, 2011

tension






time-time exam macam ni pun aku sempat g nak tgk benda gini. hehehehe nak release tension la konon. apa pun stady jgn lupa ek ....