Monday, December 23, 2013

didik vs menternak

teringat kata-kata seseorang kepada aku. "nanti kalau ada anak jangan bagi anak tu pandai dari kita."
eh pelik je bunyi???aku pun tanya la.  kenapa pulak tak nak bagi anak lebih pandai dari kita??  semua orang nak bagi anak-anak pandai. sebab tu la mak kita selalu beleter, marah bukan apa. sebab sayang dan nak bagi kita jadi pandai. dia ni terbalik pulak. tak nak bagi anak pandai dari dia.

jadi aku pun nak tahu jugak apa jawapannya. dia pun bagitahu la sebabnya.
dia kata tengok la budak-budak zaman sekarang. suka melawan. ye la terlebih pandai. bila dah pandai dari mak bapak mula la si anak nak melawan cakap, pijak kepala mak bapak. lama-lama mak bapak di jualnya. jadi tak payah la nak bagi anak lebih pandai dari kita. eh kesiptu pulak dia berfikir,

aku pun cakap la. oowhh patut la kamu suka lawan cakap sebab terlalu pandai. dia hanya ketawa. nakal budaknya..

bukan sebab terlalu pandai atau terlebih belajar penyebab suka melawan tapi terkurang ajar, huhuhu.

didikan ibu bapa dengan kasih sayang. itu yang penting serta ajaran agama yang cukup. bukan salah ibu bapa tak ajar anak dengan ilmu agama yang cukup. salahnya si anak tak nak aplikasi apa yang dibelajarnya.
orang yang berbuat dosa atau kejahatan bukan tidak tahu akan dosa dan baik buruk apa yang dilakukan. nafsu menguasai diri. jadi belajarlah menguasai nafsu sebelum nafsu menguasai diri..


azam berazam

tinggal lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2014.  banyak azam tahun ni aku kena bawak ke tahun depan. sampai bila??? setiap tahun azam tak tercapai. dengan harapan yang menggunung tinggi aku harap aku boleh mencapai segala azam yang tertangguh. kalau nak senaraikan memang banyak yang tak tercapai. yang biasa2 tu tak penting. ada dua je azam aku yang aku harap boleh tercapai tahun depan. nak wat tahun ni memang tak kesampaian. bukan setakat azam malah harapan.

aku meletakkan harapan yang tinggi. biar tinggi melangit. walaupun orang kata jagan letak harapan terlalu tinggi nanti kalau jatuh sakit yang tak teryanggung. bagi aku biar tinggi melangit sekurang-kurangnya kalau jatuh biarlah tersangkut di gunung-gunung dan bukit-bukit yang tinggi.




Sunday, December 22, 2013

i'm in love

tiba tiba aku teringatkan seseorang. rindu sangat kat dia. apa dia buat sekarang ya??? aku je tak tido -tido lagi. aku selalu fikirkan dia. agak-agak dia fikirkan aku x ya. nak kata fikir ingat aku ke tidak. lama aku tak jumpa dia. sihatkah dia???

ya Allah aku betul2 ingatkan dia. apa perlu aku buat ya Allah...








Tuesday, December 17, 2013

tak suka tak apa

Tak Suka Tak Apa

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu


Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia



Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya -

jiwa kacau

 ya Allah...jiwa kacau lagi. jiwa aku selalu tak tenang. semua ni disebabkan oleh  teeettttt...emmm tak tahu nak buat mcm mana. setiap hari orang tgk aku mcm tak ada masalah. tapi hakikatnya hanya tuhan je tahu apa ada dalam fikiran aku. apa yang aku rasa... sebenarnya aku sedihhh sangat2. selalu fikirkan.... xyah bagi tahu la kan..

apa yang boleh aku buat hanya berdoa. paling teruk dgr lagu2 yg sedih bagi aku... uwaaaa nangis srg2.
selagi boleh sabar akan aku sabar.....

Monday, December 16, 2013

macam cantik je vs macam comel je vs macam perasan je



Lirik Lagu Macam Cantik Macam Comel - Erry Putra Ft. Syasya Solero

Mata mata matamu mengoda aku
senyum senyum senyum memikat kalbu
wajah wajah wajahmu menarik hati
hati hati hatiku untuk kamu

Walau jauh ku tetap menunggu
ku ingin selalu denganmu

Macam cantik macam comel itu katamu
memang cantik memang comel itu kataku
kau selalu ada didalam sudut hatiku
ku ku  menunggu

Baby baby i love you

lagu lirik: Erry Putra
susunan muzik: Zimi Sofazr

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/12/lirik-lagu-macam-cantik-macam-comel.html#ixzz2nZ18o0zq


emmm macam best kan kalau ada org kasi lagu mcm ni kat kita..macam perasan je kan
sape la nak kata mcm ni kat kite...siapalah kite ni.nothing.... emmm so sad

ambil berat vs jaga tepi kain


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh bila akan di panggil temu duga?”
“Apa kau sudah kerja”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau bertanyakan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa aku bilang satu per satu

aduh....pening2. mereka ni jenis nak ambil tahu hal orang atau mengambil berat. aku  tak pasti. ini hal kerja. bila dah kerja nanti mula la tanya bila nak kawen. bila dah kawen tanya lak suami kerja apa??? itu la ini la. dah selesai satu bab. datamg pulak bab anak... wahhh cepatnya dah mengandung. bunting pelamin gamaknya. kalau tak lekat lagi dok tanya lagi bila nak ada anak...

Baiklah mak cik, pak cik, mak esah, mak jenab, dan segala mak la... semua ni Allah yang tentukan. saya pun x tau nak jawab pe. tak de jawapan. semua ni rezeki dari Allah... apa pun saya terima..
sekian terima kasih...

Lirik Lagu Al Haq - Mawi feat AC Mizal


Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.



Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.



Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.



Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita



Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.


Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.




Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Saturday, December 14, 2013

bersihkan hati...

kenapa aku perlu ada perasaan sebegitu rupa??? Ya Allah tenangkan jiwa ku. bersihkanlah hati ku ini ya Allah. jauhkan aku dari penyakit hasad dengki.

setiap kali aku melihat si dia pelbagai perasaan yang timbul. marah, cemburu, dan macam-macam lagi. walau bagaimanapun, aku tetap ingin mengetahui mengenainya. walaupun begitu, aku tetap gembira dengan kebahagiaannya.

sudahlah perkara yang lepas usah dikenang. kalau dikenang merana diri dan perasaan. buat sakit hati dan jiwa pun tak tenang. tak ingin aku menambah dosa dan mengotorkan hati dengan perasaan yang tidak perlu ada  buat semua orang. aku ingin menjadi seorang yang pemaaf.

jadilah seorang yang pemaaf....ingatan untuk diri sendiri

Thursday, December 12, 2013

bertunang???

aku sering tertanya-tanya. "kenapa laaaa orang zaman sekarang ni nak bertunang pun dah macam nak kawen. ada pelamin bagai". pakaian x yah nak kata la. memang macam pengantin. yang membezakannya xde pengantin lelaki. kalau ada pun si lelakinya hanyalah memakai t-shirt.

dah kalau bertunang pakai mcm nak kwen. Nanti bila kwen nak pakai macam mana pulak?? ehh mak cik sue yang ko sibuk hal orang ni dah kenapa??? ko pun belum kawen. nak kata kawen bertunang pun belum. ye la cik sue ni nak bertunang dgn sape??? calon pun xde. habis tu dok sibuk hal orang. biar dorang la nak pakai apa pun. ko nanti pun x tau mcm mana. jgn kata orang ko pun sama dua kali lima cik sue.

hehhehe insayaallah kalau aku bertunang nanti aku hanya nak pakai baju biasa je.. ya la bukan apa. aku x mampu nak buat macam doorang tu... hehhehe tu yang jeles tu. x de la aku x jeles pun. aku x suka grand2 sgt. cukup dengan sederhana dan mudahmudahan mendapat berkat dari apa yang aku buat.
 aku juga berharap dapat calon yang akan memahami aku.

Wednesday, December 11, 2013

11. 12. 13

11/12/13 punya cerita.

Biasa la kalau ada je tarikh cantik mesti ada yang buat majlis terutamanya majlis kawen. Ye la  senang nak ingat kot. Bukan itu je. semua la pakat dok post kat fb pasal tarikh ni. emm dah jadi tren la.
Dah kata banyak kenduri aku oun tak ketinggalan la menghadirkan diri. huhuhuhu. best kenduri hari ni sebab macam-macam jenis makanan ada. Nasi lauk kambing, nasi ayam, mee goreng, bhun goreng, kuew teaw goreng, cendol dan rojak. banyak kan. tak termakan pun.

aku bukan nak cerita pasal makanan. aku pergi kenduri hari ni biasa je. aku pakai jubah dan selendang. ramai jugak la kenduri tadi masa aku sampai. sampaikan nak ambil makanan pun kena beratur. dah habis abik makanan aku pun cari la tempat kosong untuk menjamu selera. punya la cari last2 hujung sekali baru ada meja. xpe la janji ada tempat. aku pun duduk untuk makan. depan meja aku ada satu keluarga. tiba2 aku terdengar anak kepada pasangan tersebut memberitahu emaknya. mak comel la kakak kat belakang tu sambil matanya melihat aku. waaaaaaaaaaaaa terperasan seketika. hahhahahahaa. dah la aku ni cepat perasan. adikkk tolong la jangan bagi akak bertambah perasan.

kalau semua orang ada cerita dan hari bersejarah pada tarikh yang cantik. aku pun ada... ko hada??? hahahhaa. sudah2 sudah la perasan tu... pecah kang kain tu...hehhehee

tak faham...

sungguh aku tidak mengerti kenapa kalau kita berhubungan dengan seseorang dengan erti kata lain kita bercinta perlu kita keluar dating, buat semua perkara bersama, bermesej sepanjang hari dan mmbuat panggilan setiap hari. adakah ini perkara yang wajib bagi sesebuah perhungan?? ini tidak termasuk dalam kategori sudah berkawen. kalau dah berkawen tu lain cerita la.

adakah kalau kita tidak melakukan semua perkara di atasadakah kita dianggap sebagai kolot dan tidak mengikuti peredaran zaman. bukanlah tak pernah langsung mesej atau telefon untuk bertanya kabar tetapi tidak selalu mungkin hanya sebulan sekali. kalau berdating tu tak perlulah. kalau kita tidak perjumpa masakan kita boleh berhubungan dengan si dia??? maksudnya di sini sudah bersua muka walaupun hanya sekali. itu sudah memadai jika ikhlas dalam perhungan. kita sudah melihat nya dan kita suka  akan dia bak kata orang cinta pandang pertama. kenapa perlu kedua, ketiga dan seterusnya???

ini yang aku tidak faham. salah ke jika aku hanya ingin menjaga sesebuah perhubungan agar tidak melanggar syariat dan batas batas pergaulan. aku bukanlah seorang yang suka menggedik dan bertepuk tampar dengan yang bukan muhrim bagiku. aku juga tidak suka melihatnya bukan kerana aku cemburu tapi mmg aku tidak menyukai keadaan tersebut.

aku tak tahu kenapa aku berasa sangta sedih apabila ada yang mengatakan ia kolot. dah tak relevan la kononnya kalau kita masih menjaga batas batas pergaulan kita. lantakla nak kata apa. janji apa yang aku buat tak menimbulkan dosa bagi aku sudah. dah la banyak dosa dah apa salahnya jika aku nak kurangkan dosa yang sedia ada  ni.

satu lagi yang aku x faham. aku tak tahu nak salah siapa. ada mak cik ni teringin sangat nak berbesan dengan mak aku. ikut suka dia la kan. tak kisah la nak berbesan ke nak berbesen ke?? boleh lak cakap lau aku tak nak kwen lagi boleh nak berkawan dulu ngan anak dia. kalau erti berkawan mesti nak jumpa bagai. lepas tu bercinta la konon n mesti nak berdating. huh silap org la mak cik. aku x suka semua tu. usia aku sekarang bukan untuk berkawan mahupun bercinta. aku tak la tunggu calon jatuh dari langit mcm mak aku kata nak tunggu jatuh dari langgit kot baru nak kawen. masalahnya belum sampai jodoh. aku belum jumpa yang sesuai untuk aku. yang boleh menerima segala kekurangan aku.aku bukan seorang yang sempurna dan aku hanya insan biasa yang tidak punya apa2.

sekian.....

Tuesday, December 10, 2013

frenz...

sesi perkenalan
berkenalan untuk menjadi rakan, sahabat , teman, kekasih dan pasangan yang sah.

Masih ingatkah bagaimana kita berkenalan dengan rakan-rakan kita??? Cuba kita imbas kembali bagai mana kita berkenalan dengan rakan yang sekarang menjadi rakan kita juga ex-kawan. eh ada ke ex-kawan ni???? hehehe macam -macam ragam manusia ni kawan pun boleh menjadi ex. Apa pun biarlah asalkan dia bahagia teringat pula kata-kata seorang pensyarah aku dulu. janji bahagia.....
Berapa ramai rakan anda sekarang?? tak terkirakan kan. Kawan yang kita dah kenal dari kecil dan kita dah kira dia macam sedara kita. yela mau tak sedara selalu dengan dia dan celik-celik je mata nampak je. eh dia ni sedara aku ke?? rupanya takkkkk jiran je.
selain tu kawan dari tadika, sekolah renda, sekolah menengah. kalau sambung lagi belajar kawan2 zaman uni. kalau tak sambung tu kawan2 di tempat kerja. haaaa ramaikan  kawan ni. ni tak termasuk dalam facebook lagi. sekarang ni macam2 bukan facebook je, wechat, whatsaps, onchat, tweeter,dan seangkatan dengannya.
sedar ke tak bagaimana kita boleh berkawan??? eh ramah sangat ke kita ni? kalau aku ni memang tak la. nak tanya pun kalau tak penting takyah tanya la. selagi aku boleh buat tanpa tanya orang mmg aku tak tanya laaa.. bukan aku sombong tapi mmg aku ni berat mulut sikit la. tu kalau tak kenal kalau kenal tak larat borak kot..huhuhu. eh pendiam ke kalau macam tu??? emmm aku pun tak tau nak kategori apa...
bagi aku kan kita berkenalan mungkin dalam seoarang dua lepas tu kita kenal kawan kepada kawan kita, kawan kepada kawan kepada kawan dan seterusnya. jadi kawan kita pun jadi laa ramai. ni mungkin terjadi di zaman kegemilangan di uni dan di tempat kerja. di sekolah tu lain la dah satu kelas pun dah ramai. mmg kenal la kalau tak kenal jugak tak tahu nak kata pe. katak bawah pempurung ke bawah apa tak pasti hehehhe. mengarut je aku ni.
apa yang aku nak cerita sebenarnya niii
rindunyaaaa kawan2 masa sekolah menengah dulu. kalau berjumpa mmg tak ingat dunia bergelak ketawa mcm kami je ada kat situ. tak ketinggalan kwan zaman uni. uwaaaa nak nangissss bertapa rindunya  mereka dah seperti keluarga besar.

kepada semua kenalan dan sahabat semua wlaupun kita tidak seakrab dan tidak mendalami hati budi masing-masing aku tetap anggap kalian sahabat dunia akhirat. aku minta maaf jika terkasar bahasa dan setiap kata-kata yang keluar memgguris hati kalian. aku hanya manusia yang sering melakukan kesilapan tanpa ku sedari. aku harap kalian akan maafkan aku.

Monday, December 9, 2013

aku redho

aku bukanlah seorang yang baik tapi aku cuba untuk menjadi baik. Aku juga masih belajar untuk menjaga diri serta menjaga auratku sebaik mungkin. begitu juga dengan pergaulan sesama rakan yang berlainan jantina.
tak dinafikan aku mamang bertudung, berpakaian sopan. bukan untuk memuji diri tetapi itulah aku dari dulu. namun begitu aku tidak menutup dengan sepenuhnya dan tidak memakai sarung kaki pada ketika dulu. kini aku berazam untuk berubah dan sedaya upaya untuk menutup sepenuhnya. alhamdulillah aku berjaya dan aku berharap akan kekal.

aku juga berharap ada hamba Allah yang akan membimbingku ke jalan yang baik dan membawa ke jalan syuga.  tapi kenapa aku seringkali bertemu dengan orang yang silap. adakah ini ujian untukku??? aku akui aku bukanlah seorang yang sempurna. kenapa apa yang aku lakukan dipertikaikan. adakah ituu salah??? aku hanya ingin menjaga hubungan ini agar lebih manis dan diredhoi. aku tidak mahu bermain dengan nafsu kerana ia akan memakan diri sendiri. nafsu akan menang jika akal tidak lagi dapat mengawalnya.
aku tidak lagi mahu mengulang kesilapan lama. aku mahu berubah kearah kebaikan. jika aku tidak seperti yang diinginnkan maka lepaskan aku. aku redho dengan ketentuan ini.
biarlah aku seorang yang kuno. tidak update, ketinggalan zaman. aku terima... terima kasih untuk semua

dugaan lagi

dikala aku tertanya-tanya adakah sudah bersedia
datang pelbagai masalah tanpa diduga
terpaksa diharungi jua
walaupun perit terpaksa ditelan
tiada insan dapat berkongsikan
hanya air mata menjadi teman.

aku tidak kuat untuk semua ini
ditelan ku rasa sakit
mahu diluah kurasa sayang
tiada jalan penyelesaian untuk ini
hanya mampu kupanjatkan doa agar jalan yang kucari
akan kutemui.

namun begitu
terpaksa juga aku menggembirakan diri
kerana tiada yang mengerti.


Wednesday, December 4, 2013

adakah sudah tiba masanya????
hati kata ya mulut pula menafinya.
 Malu untuk diluah dengan kata-kata.
 Dengan harapan ada yang memahaminya
namun hanya sia-sia.

ya Allah 
padamu aku meminta
tunjukkanlah jalan untuk aku 
agar permudahkanlah segala urusanku
hanya padamu aku meminta pertolongan.
amin...


Tuesday, December 3, 2013

merancang - terancang

penat...penat...penat... macam-macam aku nak buat tapi semuanya hancus. segala perancangan yang aku buat tak menjadi. betul kita hanya merancang Allah yang menentukan.  ya aku terima. mungkin ini dah diatur dan ini adalah yang terbaik buat aku.
aku berharap ssangat sangat sangaaatttttt apa yg aku nak buat untuk tahun ini dan bulan terakhir ni menjadi. dah lama aku tunggu tak jadi-jadi jugak. sedih..........


Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku

''Rabbi yassir wala tu'assir,
rabbi tham-min bil hairi.

Ya Allah kau permudahkan ... jangan kau susahkan,
Ya Allah kau akhirkan dengan kebaikan.