Monday, April 25, 2011

terbukti...


PENGKISAHAN DAN PAMERAN MARITIM MELAYU MELAKA ABAD KE 16

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi , UPSI, Persatuan Karyawan Perak dan Perpustakaan UPSI telah mengadakan majlis Pengkisahan dan Pameran Maritim Melayu Melaka abad ke 16 pada 12 April 2011.

Zainal Johan dari Persatuan Sejarah dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan dan Serambi Astana Raja, Desa Seri Melenggang, Astana Raja Kota Negeri Sembilan menceritakan pelbagai kisah kepahlawanan Hang Tuah, Panglima Awang, Laksamana Cheng Ho, Puteri Hamg Li Po di samping mempamerkan beberapa peralatan senjata penting milik mereka. Antara barangnya adalah seperti teropong Panglima Awang, keris tempur pahlawan Hang Tuah, cawan yangg ada wajah Puteri Hang Li Po dan sebagainya.



Adakah anda percaya akan kewujudan Hang Tuah???

soalan pertama yang ditanya oleh Zainal Johan dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan. Hanya seorang guru sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan dia bersetuju bahawa adanya hang tuah. kebanyakan hadirin yang menghadiri majlis tersebut tidak menyetujui bahawa wujudnya hang tuah termasuklah aku hehehhe.
jika anda percaya bahawa wujudnya hang tuah buktikan kepada saya. 
semua yang hadir semua mengatakan bahawa hang tuah adalah cerita rekaan dan dongeng yang ingin menyatakan bahawa setiap negara mempunyai wiranya yang tersendiri. 
selepas semua menyatakan pendapat masing-masing mengenai hang tuah, maka en.Zainal Johan menceritakan kisah  yang sebenar akan kewujudan hang tuah. pelbagai bahan bukti ditunjuk kepada hadirin dan kami dapat memengangnya. saya berasa sangat bertuah kerana menghadiri majlis tersebut. 

Antara barang yang dipamerkan

                                 cipan                                  tempo                                           jam


 teropong jarak jauh                          teropong jarak lebar              


                              cawan yg ada gambar puteri hang li po



wajah puteri hang li po                         meriam kecil

                bergambar bersama lelaki melayu terakhir huhuh


                                                                

Sunday, April 24, 2011

tambah koleksi

 
sem 4 sahaja

aduhh gara-gara banyak sangat jualan buku pada sem ni jadi banyak la aku beli. hehehhe memang keja gila la. dah la banyak buku yg kena beli sem ni sempat lagi beli novel. kalau la mak aku tau duit aku banyak habis beli buku yang berapa nak berfaedah ni jenuh la aku nak kena beleter. hehe tapi x ape mak aku paham minat aku. dia bunyi pun sekejap je. puas sangat dapat beli buku yang kita minat kan. ada jugak kawan aku kata pembaziran sahaja tapi dia pinjam bila kau beli. oragyang tak minat untuk beli buku tak akan faham perasaan kita  bila dapat beli buku. salah satu cita-cita aku adalah nak buat mini perpustakaan kat umah nanti. jadi sekarang aku nak kumpul buku banyak-banyak. suka sangat bila nampak buku yang banyak di depan mata. emmmm x kisah la buku apa pun janji buku. 

membaa amalan mulia
dengan membaca dapat memperbaiki bahasa yang digunakan
dan dapat meningkatkan kosa kata dan menambahkan ilmu.

^ -^
*



tension






time-time exam macam ni pun aku sempat g nak tgk benda gini. hehehehe nak release tension la konon. apa pun stady jgn lupa ek ....

Friday, April 22, 2011

terkilan

Sedih, terkilan, tersentap mcm nak nangis pun ada. Ya Allah kenapa aku rasa mcm ni?? Perlu ke ada perasaan mcm tu sekarang ni. Kenapa aku cepat terasa sangat ni. Selama ni aku terasa jugak tapi aku cuba anggap itu semua sebagai satu gurauan tapi...kali ni aku tak anggap itu sebagai satu gurauan. Benarkah gerak hati aku mengatakan itu bukan satu gurauan??? Ya Allah lapangkanlah dadaku. Aku tak nak fikir benda yang bukan2. Aku akan terima semuanya. Terima kasih kerana berterus terang dan anda belum cukup mengenal diri ini.