Friday, March 4, 2011

beli lagi?????

assalamualaikum...
aku cuma nak kongsi. aku ni gila buku ckit aduh...ada pesta buku la pulak.... dah banyak buku aku beli. buka pun x lagi ni, bila nak buka je ingat assigment banyak g yang tak siap. kalau aku mengadap novel ni memang keja aku tak akan siap. dah tu pulak tiap2 malam kau turun bawah join program yang ada. macam2 program lak 2 lagi la keja aku tak siap. tapi...aku tak menyesalpun sebab majlis ilmu. huhuhuhu.  baru 4 hari karnival ni aku dah abih banyak duit buku pun dah banyak ni...bila la...aku nak mula baca ni...hmmmmmm
aku beli 2 buah novel n 4 buah buku agama....aku teringin nak beli buku aku terima nikahnya yang gabungan 3 buah buku bercinta sampai syurga, aku terima nikahnya dan murabbi cinta...tapi mahal la.....aaaaaaaa nak jugak....


perasaan ku berbelah bahagi ni nak beli ke x?? ada lagi 2 hari ni .hmmmmmmmmm

Friday, February 18, 2011

assalamualaikum...
hari ni cuma nak kongsi apa yang berlaku hari ni jew. sedih bila mengenangkan diri sendiri yang serba kekurangan ni. nasib baik la ada jugak kawan yang senasib. tak ada la rasa sangat. tapi apa-apa pun malu jugak la bila ilmu tak cukup di dada. memang betul orang tak la kata kat kita yang kita ni benda tu pun x tau. tapi dah memang tak tahu apa2 nak wat macam mana. nak tipu pun tak boleh la sebab satu benda pun tak tahu. betul... kita belajar benda yang kita tak tahu tapi.... entah la kali pertama la yang aku rasa bodoh sangat. malu pun ada. selalunya masuk kelas tu ada jugak la pengetahuan sikit dan tak la panik sangat bila kena soal. ni wat malu je.... macam nak nangis pun ada. macam2 perasaan tadi...  aduh....macam mana la nak tempuh hari2 yang mendatang. sekarang ni aku rasa macam tak sabar nak habis dan nak tunggu minggu ke 14. hahahhaahah jahat nyaaaa

Sunday, February 6, 2011

sweet 22

Hari ini tanggal 6 Februari ulang tahun kelahiran aku. cepatnya masa berlalu dah 22 tahun aku tahun ni. aku rasa macam budak2 lagi padahal kawan-kawan aku dah ada anak pun. huhuhuhu perasan muda betul la aku ni. sedih jugakla kena sambut di tanjung malim sorang-sorang lak tu. kalau kat kampung best la jugak boleh sambut dengan keluarga. boleh jugak makan kek huhuhuhuhu. aduh sedih la hausemate tak balik lagi. Tapi......ramai jugak la kawan yang ucap kat aku. huhuhuhu best jugak. apa pun terima kasih kepada sesiapa yang ucapkan ulang tahun kat aku...saaaaayang korang semua. terima kasih semua kawan-kawan.

Thursday, January 27, 2011

Koleksi Baru


RM 49.90


hembusan rindu
cinta Farah Diana seperti tertakdir miliknya.
memburu cinta Farah seperti bertarung nyawa buat Daniel.
Namun, kala cinta mekar berbunga mereka diduga kemelut.
kesilapan Daniel benar-benar menghancurkan hati Farah.
Kehadiran Fifi dikala punca 
Daniel beralih arah.

Daniel tersedar, cuba merebut kembali piala kasih Farah Diana. 
Namun, pelbagai rencah hidup dunia remaja mematangkan perjalan hidup mereka. 
Pengorbanan demi pengorbanan seperti dua pertandingan buat dua hati yang sedang ditawan.


Antara bait-bait sajak yang terdapat dalam Henbusan Rindu

Lautan di waktu subuh 
ianya tidak mengharukan, sepi tidak juga

Lautan di waktu subuh
ianya tidak bengis, tidak juga dahsyat

lautan di waktu subuh
ianya seorang gadis yang baru merasai
nikmat hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan nembanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan

mahu disuarakan ke seluruh dunia 
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ianya mali pabila mengenang sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itulah kemesraan  - lembut dan malunya!

lautan di waktu subuh 
ianya gadis yang menghirup rindu 
dengann rasa sebuah malu 

lautan di waktu subuh 
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan 
riak mengusik, gelombang beralun, ombak berteriak
adalah peralihan waktu, fajar sinar dewasa. 
 


Monday, January 24, 2011

suratan atau kebetulan.

hari ni macam-macam perkara terjadi kat aku. mula-mula suka kemudian sedih pula aku rasa. terkilan sangat. aku tak tau la apa salah yang telah aku buat. Dulu kawan aku yang sorang ni selalu kata apa yang berlaku kat kita ni pasti ada hikmahnya dan mungkin disebabkan kesalahan yang pernah kita buat. Jadi muhasabahlah dan ingat kembali apa yang telah kita lakukan. emmm entah lah aku x dapat pasti apa yang telah aku lakukan. ye la kan kita mana la sedar apa kesalahan yang telah kita lakukan kalau tak ada orang yang menegur kita. sapa yang berani nak tegur kan kalau kita ada wat silap. ini lah masalah kita sekarang kalau orang wat silap bukan kita nak tegur tapi kata kat belakang ini x betul ni salah. tapi nak tegur x jugak. emmmm entah lah mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang aku alami ari ni. ada kawan aku yang sorang ni pulak kata mungkin aku rindukan kat kampung. hmmmm mungkin. entah la aku pun x tahu. rindu 2 memang la aku rindu sangat kat mak aku. aku  x tahu la apa perasaan aku sekarang. kadang rasa suka kadang 2 rasa sedih sangat dengan apa yang berlaku kat aku. aku x tahu nak luahkan kat sapa. bukannya kau x ada kawan, kawan aku ramai tapi entah la. bukan orang yang sesuai kot untuk aku luahkan perasaan aku ni. jadi sekarang aku luah je kat sini dan selebihnya pendam je lah. ya allah mudahkanlah urusan ku dan lapangkanlah dada ku ya allah. dua tiga ari ni aku rasa x tenang sangat. fikiran ku buntu ya allah....

Sunday, January 23, 2011

kisah tentang cinta

ada ape dengan cinta????
C- cantik
I -indah
N -nikmat
T- tampan
     A- apa sahaja
bercintalah dengan pencipta sebelum bercinta dengan manusia.
bercinta dengan ibu bapa membawa ke syurga bercinta dengan kekasih tak kemana...

doa kepada sesiapa yang sedang bercinta

ya Allah, kurniakanlah aku cintaMu,
kemudian kurniakanlah kepadaku cinta orang yang mencitai-Mu,
dan kurniakanlah apa sahaja cinta yang menghampiriku kepada cinta Mu,
Semoga cintamu lebih ku dambakan daripada cinta yang lain ya Allah.

pesanan buat sahabat dan diriku jua. jagalah akhlak dan perbuatan agar tidak menyesal di kemudian hari. ingatlah bahawa setiap perbuatan ada balasannya sama ada cepat ataupun lambat. 




Thursday, January 20, 2011

pantun kasih sayang

sungguh indah bulan mengambang,
            keliling pula bintang bercahaya,
bila wajahmu tidak ku pandang,
           rindu dihati tidak terkata.

langit cerah awan membiru,
          angin bertiup berlagu merdu,
sakit sungguh menanggung rindu,
         pilu di hati tak siapa tahu.

kata manis setulus budi,
        sepanjang hayat terkandung di jiwa,
cinta sejati akan bersemi,
        selagi jasat di kandung nyawa.

indah menawan seraut wajah,
       mulianya hati suka berbudi,
setia janji tak akan berubah,
       sucinya cinta tetap abadi