Monday, April 25, 2011

terbukti...


PENGKISAHAN DAN PAMERAN MARITIM MELAYU MELAKA ABAD KE 16

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi , UPSI, Persatuan Karyawan Perak dan Perpustakaan UPSI telah mengadakan majlis Pengkisahan dan Pameran Maritim Melayu Melaka abad ke 16 pada 12 April 2011.

Zainal Johan dari Persatuan Sejarah dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan dan Serambi Astana Raja, Desa Seri Melenggang, Astana Raja Kota Negeri Sembilan menceritakan pelbagai kisah kepahlawanan Hang Tuah, Panglima Awang, Laksamana Cheng Ho, Puteri Hamg Li Po di samping mempamerkan beberapa peralatan senjata penting milik mereka. Antara barangnya adalah seperti teropong Panglima Awang, keris tempur pahlawan Hang Tuah, cawan yangg ada wajah Puteri Hang Li Po dan sebagainya.



Adakah anda percaya akan kewujudan Hang Tuah???

soalan pertama yang ditanya oleh Zainal Johan dari persatuan Sejarah Cawangan Rembau, Negeri Sembilan. Hanya seorang guru sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan dia bersetuju bahawa adanya hang tuah. kebanyakan hadirin yang menghadiri majlis tersebut tidak menyetujui bahawa wujudnya hang tuah termasuklah aku hehehhe.
jika anda percaya bahawa wujudnya hang tuah buktikan kepada saya. 
semua yang hadir semua mengatakan bahawa hang tuah adalah cerita rekaan dan dongeng yang ingin menyatakan bahawa setiap negara mempunyai wiranya yang tersendiri. 
selepas semua menyatakan pendapat masing-masing mengenai hang tuah, maka en.Zainal Johan menceritakan kisah  yang sebenar akan kewujudan hang tuah. pelbagai bahan bukti ditunjuk kepada hadirin dan kami dapat memengangnya. saya berasa sangat bertuah kerana menghadiri majlis tersebut. 

Antara barang yang dipamerkan

                                 cipan                                  tempo                                           jam


 teropong jarak jauh                          teropong jarak lebar              


                              cawan yg ada gambar puteri hang li po



wajah puteri hang li po                         meriam kecil

                bergambar bersama lelaki melayu terakhir huhuh


                                                                

1 comment:

  1. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.

    Leonard Andaya ialah Profesor Pengajian Asia Tenggara dari University of Hawaii at Manoa

    ReplyDelete