Wednesday, December 11, 2013

tak faham...

sungguh aku tidak mengerti kenapa kalau kita berhubungan dengan seseorang dengan erti kata lain kita bercinta perlu kita keluar dating, buat semua perkara bersama, bermesej sepanjang hari dan mmbuat panggilan setiap hari. adakah ini perkara yang wajib bagi sesebuah perhungan?? ini tidak termasuk dalam kategori sudah berkawen. kalau dah berkawen tu lain cerita la.

adakah kalau kita tidak melakukan semua perkara di atasadakah kita dianggap sebagai kolot dan tidak mengikuti peredaran zaman. bukanlah tak pernah langsung mesej atau telefon untuk bertanya kabar tetapi tidak selalu mungkin hanya sebulan sekali. kalau berdating tu tak perlulah. kalau kita tidak perjumpa masakan kita boleh berhubungan dengan si dia??? maksudnya di sini sudah bersua muka walaupun hanya sekali. itu sudah memadai jika ikhlas dalam perhungan. kita sudah melihat nya dan kita suka  akan dia bak kata orang cinta pandang pertama. kenapa perlu kedua, ketiga dan seterusnya???

ini yang aku tidak faham. salah ke jika aku hanya ingin menjaga sesebuah perhubungan agar tidak melanggar syariat dan batas batas pergaulan. aku bukanlah seorang yang suka menggedik dan bertepuk tampar dengan yang bukan muhrim bagiku. aku juga tidak suka melihatnya bukan kerana aku cemburu tapi mmg aku tidak menyukai keadaan tersebut.

aku tak tahu kenapa aku berasa sangta sedih apabila ada yang mengatakan ia kolot. dah tak relevan la kononnya kalau kita masih menjaga batas batas pergaulan kita. lantakla nak kata apa. janji apa yang aku buat tak menimbulkan dosa bagi aku sudah. dah la banyak dosa dah apa salahnya jika aku nak kurangkan dosa yang sedia ada  ni.

satu lagi yang aku x faham. aku tak tahu nak salah siapa. ada mak cik ni teringin sangat nak berbesan dengan mak aku. ikut suka dia la kan. tak kisah la nak berbesan ke nak berbesen ke?? boleh lak cakap lau aku tak nak kwen lagi boleh nak berkawan dulu ngan anak dia. kalau erti berkawan mesti nak jumpa bagai. lepas tu bercinta la konon n mesti nak berdating. huh silap org la mak cik. aku x suka semua tu. usia aku sekarang bukan untuk berkawan mahupun bercinta. aku tak la tunggu calon jatuh dari langit mcm mak aku kata nak tunggu jatuh dari langgit kot baru nak kawen. masalahnya belum sampai jodoh. aku belum jumpa yang sesuai untuk aku. yang boleh menerima segala kekurangan aku.aku bukan seorang yang sempurna dan aku hanya insan biasa yang tidak punya apa2.

sekian.....

Tuesday, December 10, 2013

frenz...

sesi perkenalan
berkenalan untuk menjadi rakan, sahabat , teman, kekasih dan pasangan yang sah.

Masih ingatkah bagaimana kita berkenalan dengan rakan-rakan kita??? Cuba kita imbas kembali bagai mana kita berkenalan dengan rakan yang sekarang menjadi rakan kita juga ex-kawan. eh ada ke ex-kawan ni???? hehehe macam -macam ragam manusia ni kawan pun boleh menjadi ex. Apa pun biarlah asalkan dia bahagia teringat pula kata-kata seorang pensyarah aku dulu. janji bahagia.....
Berapa ramai rakan anda sekarang?? tak terkirakan kan. Kawan yang kita dah kenal dari kecil dan kita dah kira dia macam sedara kita. yela mau tak sedara selalu dengan dia dan celik-celik je mata nampak je. eh dia ni sedara aku ke?? rupanya takkkkk jiran je.
selain tu kawan dari tadika, sekolah renda, sekolah menengah. kalau sambung lagi belajar kawan2 zaman uni. kalau tak sambung tu kawan2 di tempat kerja. haaaa ramaikan  kawan ni. ni tak termasuk dalam facebook lagi. sekarang ni macam2 bukan facebook je, wechat, whatsaps, onchat, tweeter,dan seangkatan dengannya.
sedar ke tak bagaimana kita boleh berkawan??? eh ramah sangat ke kita ni? kalau aku ni memang tak la. nak tanya pun kalau tak penting takyah tanya la. selagi aku boleh buat tanpa tanya orang mmg aku tak tanya laaa.. bukan aku sombong tapi mmg aku ni berat mulut sikit la. tu kalau tak kenal kalau kenal tak larat borak kot..huhuhu. eh pendiam ke kalau macam tu??? emmm aku pun tak tau nak kategori apa...
bagi aku kan kita berkenalan mungkin dalam seoarang dua lepas tu kita kenal kawan kepada kawan kita, kawan kepada kawan kepada kawan dan seterusnya. jadi kawan kita pun jadi laa ramai. ni mungkin terjadi di zaman kegemilangan di uni dan di tempat kerja. di sekolah tu lain la dah satu kelas pun dah ramai. mmg kenal la kalau tak kenal jugak tak tahu nak kata pe. katak bawah pempurung ke bawah apa tak pasti hehehhe. mengarut je aku ni.
apa yang aku nak cerita sebenarnya niii
rindunyaaaa kawan2 masa sekolah menengah dulu. kalau berjumpa mmg tak ingat dunia bergelak ketawa mcm kami je ada kat situ. tak ketinggalan kwan zaman uni. uwaaaa nak nangissss bertapa rindunya  mereka dah seperti keluarga besar.

kepada semua kenalan dan sahabat semua wlaupun kita tidak seakrab dan tidak mendalami hati budi masing-masing aku tetap anggap kalian sahabat dunia akhirat. aku minta maaf jika terkasar bahasa dan setiap kata-kata yang keluar memgguris hati kalian. aku hanya manusia yang sering melakukan kesilapan tanpa ku sedari. aku harap kalian akan maafkan aku.

Monday, December 9, 2013

aku redho

aku bukanlah seorang yang baik tapi aku cuba untuk menjadi baik. Aku juga masih belajar untuk menjaga diri serta menjaga auratku sebaik mungkin. begitu juga dengan pergaulan sesama rakan yang berlainan jantina.
tak dinafikan aku mamang bertudung, berpakaian sopan. bukan untuk memuji diri tetapi itulah aku dari dulu. namun begitu aku tidak menutup dengan sepenuhnya dan tidak memakai sarung kaki pada ketika dulu. kini aku berazam untuk berubah dan sedaya upaya untuk menutup sepenuhnya. alhamdulillah aku berjaya dan aku berharap akan kekal.

aku juga berharap ada hamba Allah yang akan membimbingku ke jalan yang baik dan membawa ke jalan syuga.  tapi kenapa aku seringkali bertemu dengan orang yang silap. adakah ini ujian untukku??? aku akui aku bukanlah seorang yang sempurna. kenapa apa yang aku lakukan dipertikaikan. adakah ituu salah??? aku hanya ingin menjaga hubungan ini agar lebih manis dan diredhoi. aku tidak mahu bermain dengan nafsu kerana ia akan memakan diri sendiri. nafsu akan menang jika akal tidak lagi dapat mengawalnya.
aku tidak lagi mahu mengulang kesilapan lama. aku mahu berubah kearah kebaikan. jika aku tidak seperti yang diinginnkan maka lepaskan aku. aku redho dengan ketentuan ini.
biarlah aku seorang yang kuno. tidak update, ketinggalan zaman. aku terima... terima kasih untuk semua

dugaan lagi

dikala aku tertanya-tanya adakah sudah bersedia
datang pelbagai masalah tanpa diduga
terpaksa diharungi jua
walaupun perit terpaksa ditelan
tiada insan dapat berkongsikan
hanya air mata menjadi teman.

aku tidak kuat untuk semua ini
ditelan ku rasa sakit
mahu diluah kurasa sayang
tiada jalan penyelesaian untuk ini
hanya mampu kupanjatkan doa agar jalan yang kucari
akan kutemui.

namun begitu
terpaksa juga aku menggembirakan diri
kerana tiada yang mengerti.


Wednesday, December 4, 2013

adakah sudah tiba masanya????
hati kata ya mulut pula menafinya.
 Malu untuk diluah dengan kata-kata.
 Dengan harapan ada yang memahaminya
namun hanya sia-sia.

ya Allah 
padamu aku meminta
tunjukkanlah jalan untuk aku 
agar permudahkanlah segala urusanku
hanya padamu aku meminta pertolongan.
amin...


Tuesday, December 3, 2013

merancang - terancang

penat...penat...penat... macam-macam aku nak buat tapi semuanya hancus. segala perancangan yang aku buat tak menjadi. betul kita hanya merancang Allah yang menentukan.  ya aku terima. mungkin ini dah diatur dan ini adalah yang terbaik buat aku.
aku berharap ssangat sangat sangaaatttttt apa yg aku nak buat untuk tahun ini dan bulan terakhir ni menjadi. dah lama aku tunggu tak jadi-jadi jugak. sedih..........


Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku

''Rabbi yassir wala tu'assir,
rabbi tham-min bil hairi.

Ya Allah kau permudahkan ... jangan kau susahkan,
Ya Allah kau akhirkan dengan kebaikan.

Monday, January 9, 2012

kenangan 2011


Lama x masuk entri barukan…hehehhe sibuk???? Itu bukan alasan aku. Aku malas nak tulis sebenarnya. Lagi satu internet kat umah aku ni kalau buat pertandingan dengan kura-kura sah la tenet kat umah aku ni kalah. Tau sebab pe??? Lawan dengan arnab pun arnab boleh kalah nikan dengan tenet kat umah aku kompem la arnab yg menang. Aku tengah dalam musim exam ni. Malas la pulak asyik membaca je. Ehem2 mcm kuat membaca pulak kan kan kan.
Tiba-tiba je aku teringat satu kejadian masa aku ikut salah satu program nii. X yah cite la program pe. Ni kira ending majlis la. Nak sambut penutup. Kami yang ikut ni semua semangat la nak tgk mcm ne program penutup ni. Siap ada media lagi tu. Mesti hebat kan. Perasmi pun bukan calang-calang orang la. Lepas perasmi merasmikan penutup tu perasmi tersebut diminta berada di atas pentas untuk buat gimik la kan. Apa la gimik yang nak dibuat ni???? Rupa-rupanya perasmi tu kena menyanyi. Hehehhehehe dengan tak de persediaan apa2 . mcm kelakar pun ada. Perasmi tu pun kata la saya x buat persediaan blalalalalalaa…. Kami x kisah pun. Lepas tu dia cakap
Maaflah kalau suara akan menegembangkan lagu tersebut
Hahahahahahahahah
Aik? Kenapa orang yang duduk kat belakang aku ni galak kuat ni. X de la kuat sangat kira aku dok kat depan bpleh dengar kita kuat la tu. Aku pun pusing la belakang nak tgk sape la yg gelak tu. Dia ni bukan wartawan ke?? Aku pun pusing depan balikla. Epas tu aku dengar dia “bukan mengembangkan la menyumbangkan lagu. Aku pun tgk kwn yg duduk di sebelah aku. Dia pun tgk aku jugak. Lepas tu hahahahahaahahahah aku dgn kwn aku pun apa lagi gelak la. Kwn aku pun dah dah control2. Aku pun control  ayu la. Tangan tutup mulut tapi badan aku dok berhinggut-hinggut tahan gelak. 
Aduh…kenangan tu……
Nampak sangat aku x bg tumpuan pada majlis tu. Hik hik hik.