sungguh aku tidak mengerti kenapa kalau kita berhubungan dengan seseorang dengan erti kata lain kita bercinta perlu kita keluar dating, buat semua perkara bersama, bermesej sepanjang hari dan mmbuat panggilan setiap hari. adakah ini perkara yang wajib bagi sesebuah perhungan?? ini tidak termasuk dalam kategori sudah berkawen. kalau dah berkawen tu lain cerita la.
adakah kalau kita tidak melakukan semua perkara di atasadakah kita dianggap sebagai kolot dan tidak mengikuti peredaran zaman. bukanlah tak pernah langsung mesej atau telefon untuk bertanya kabar tetapi tidak selalu mungkin hanya sebulan sekali. kalau berdating tu tak perlulah. kalau kita tidak perjumpa masakan kita boleh berhubungan dengan si dia??? maksudnya di sini sudah bersua muka walaupun hanya sekali. itu sudah memadai jika ikhlas dalam perhungan. kita sudah melihat nya dan kita suka akan dia bak kata orang cinta pandang pertama. kenapa perlu kedua, ketiga dan seterusnya???
ini yang aku tidak faham. salah ke jika aku hanya ingin menjaga sesebuah perhubungan agar tidak melanggar syariat dan batas batas pergaulan. aku bukanlah seorang yang suka menggedik dan bertepuk tampar dengan yang bukan muhrim bagiku. aku juga tidak suka melihatnya bukan kerana aku cemburu tapi mmg aku tidak menyukai keadaan tersebut.
aku tak tahu kenapa aku berasa sangta sedih apabila ada yang mengatakan ia kolot. dah tak relevan la kononnya kalau kita masih menjaga batas batas pergaulan kita. lantakla nak kata apa. janji apa yang aku buat tak menimbulkan dosa bagi aku sudah. dah la banyak dosa dah apa salahnya jika aku nak kurangkan dosa yang sedia ada ni.
satu lagi yang aku x faham. aku tak tahu nak salah siapa. ada mak cik ni teringin sangat nak berbesan dengan mak aku. ikut suka dia la kan. tak kisah la nak berbesan ke nak berbesen ke?? boleh lak cakap lau aku tak nak kwen lagi boleh nak berkawan dulu ngan anak dia. kalau erti berkawan mesti nak jumpa bagai. lepas tu bercinta la konon n mesti nak berdating. huh silap org la mak cik. aku x suka semua tu. usia aku sekarang bukan untuk berkawan mahupun bercinta. aku tak la tunggu calon jatuh dari langit mcm mak aku kata nak tunggu jatuh dari langgit kot baru nak kawen. masalahnya belum sampai jodoh. aku belum jumpa yang sesuai untuk aku. yang boleh menerima segala kekurangan aku.aku bukan seorang yang sempurna dan aku hanya insan biasa yang tidak punya apa2.
sekian.....
No comments:
Post a Comment