Monday, December 9, 2013

aku redho

aku bukanlah seorang yang baik tapi aku cuba untuk menjadi baik. Aku juga masih belajar untuk menjaga diri serta menjaga auratku sebaik mungkin. begitu juga dengan pergaulan sesama rakan yang berlainan jantina.
tak dinafikan aku mamang bertudung, berpakaian sopan. bukan untuk memuji diri tetapi itulah aku dari dulu. namun begitu aku tidak menutup dengan sepenuhnya dan tidak memakai sarung kaki pada ketika dulu. kini aku berazam untuk berubah dan sedaya upaya untuk menutup sepenuhnya. alhamdulillah aku berjaya dan aku berharap akan kekal.

aku juga berharap ada hamba Allah yang akan membimbingku ke jalan yang baik dan membawa ke jalan syuga.  tapi kenapa aku seringkali bertemu dengan orang yang silap. adakah ini ujian untukku??? aku akui aku bukanlah seorang yang sempurna. kenapa apa yang aku lakukan dipertikaikan. adakah ituu salah??? aku hanya ingin menjaga hubungan ini agar lebih manis dan diredhoi. aku tidak mahu bermain dengan nafsu kerana ia akan memakan diri sendiri. nafsu akan menang jika akal tidak lagi dapat mengawalnya.
aku tidak lagi mahu mengulang kesilapan lama. aku mahu berubah kearah kebaikan. jika aku tidak seperti yang diinginnkan maka lepaskan aku. aku redho dengan ketentuan ini.
biarlah aku seorang yang kuno. tidak update, ketinggalan zaman. aku terima... terima kasih untuk semua

No comments:

Post a Comment